‘Kekuatan  Warisan bergantung kepada rakyat bukan individu’

‘Kekuatan  Warisan bergantung kepada rakyat bukan individu’

MOHD. Shafie Apdal semasa berucap pada Jelajah Presiden Warisan di Sepanggar, Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) tidak bergantung kepada mana-mana individu sebaliknya bergantung kepada rakyat untuk memastikan kekuatan parti. 

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memberi bayangan keputusan Timbalan Ketua Wirawati Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas melepaskan jawatan dalam parti  mungkin  beliau mahu menyertai parti lain.

“Itu hak dia, kita (Warisan) bagi dia menjadi calon beberapa kali, terpulang kepada dia. Siapa pun dia nak sokong, apa yang penting adalah rakyat. Kalau dia keluar, bukan ahli Warisan lagi.

“Parti ini tidak bergantung dengan mana-mana individu, kita bergantung kepada rakyat untuk memastikan kekuatan yang ada,” katanya semasa Jelajah Presiden Warisan di Sepanggar semalam.

Menurut beliau, Jo-Anna berhak untuk keluar parti jadi terserah kepadanya dan tiada  paksaan untuk beliau  terus kekal dalam parti kerana perjuangan perlu ada keredaan.

Shafie memberi respon mengenai status Jo-Anna di dalam Warisan selepas Timbalan Ketua Wirawati tersebut mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti.

Pada 31 Julai lalu, Jo-Anna menerusi laman Facebooknya menyatakan beliau telah melepaskan semua jawatannya di dalam politik sejak Disember tahun lalu dan kini memberi fokus kepada pengajiannya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaysia Sarawak. 

Mohd. Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, sekiranya Jo-Anna percaya bahawa kerajaan hari ini, Datuk Seri Hajiji Noor boleh selesaikan masalah rakyat selama empat tahun ini, terserah kepadanya.  –  UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN