Hina mahkamah: Mona Din didenda RM300, kes Shafie didengar 3 Februari

Hina mahkamah: Mona Din didenda RM300, kes Shafie didengar 3 Februari

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini menetapkan 3 Februari tahun hadapan untuk mendengar kes menghina mahkamah membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berhubung kenyataan berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Mohd. Shafie tidak hadir ke mahkamah hari ini dan kehadirannya dikecualikan.

Terdahulu, pasukan peguam Mohd. Shafie iaitu Chen Ket Chuin KC, Jakariya Ab. Jalil dan Batholomew Jingulam memaklumkan mahkamah bahawa mereka memfailkan permohonan membatalkan prosiding komital pada 15 Disember.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalan mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, seorang aktivis, Che Muna Din atau lebih dikenali sebagai Mona Din mengaku bersalah atas kesalahan sama dan didenda RM300 atau 14 hari penjara jika gagal membayar denda.

Sebelum ini, Mahkamah Koroner di sini membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Mohd. Shafie dan Mona Din berhubung kenyataan berkaitan kematian Zara Qairina.

Mohd. Shafie yang juga Presiden Parti Warisan dalam satu ucapan di Sandakan sebelum ini menyifatkan kematian pelajar Tingkatan Satu itu sebagai satu pembunuhan selain mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.

Sementara itu, Mona Din didakwa memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap mahkamah di laman Facebook miliknya pada 4 September lalu berkaitan prosiding inkues kematian Zara Qairina. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN