Kamala bakal hilang undi pro-Palestin jika masih sokong Israel

Kamala bakal hilang undi pro Palestin jika masih sokong Israel

CALON Presiden Demokrat, Kamala Harris dan gandingannya, Tim Walz selepas berucap di Pusat Liacouras Temple University di Philadelphia, Pennsylvania kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penyokong hak Palestin di Amerika Syarikat (AS) menegaskan tidak akan mengundi calon Presiden dari Demokrat, Kamala Harris melainkan beliau bersetuju mengenakan embargo senjata terhadap Israel.

Ini selepas, ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun ketika Konvensyen Nasional Demokrat (DNC) kelmarin, untuk menuntut AS menamatkan sokongan terhadap perang Israel.

Demontrasi yang digelar ‘March of the DNC’ itu juga menuntut gencatan senjata segera dan kekal di Gaza, lapor Al Jazeera.

Konvensyen itu diadakan bermula Isnin ketika ribuan anggota Demokrat dan penyokong parti turun ke Chicago untuk meraikan pencalonan Harris menjelang pilihan raya presiden, November depan.

Harris yang dipilih untuk menggantikan Biden untuk tiket Demokrat, bersedia menerima pencalonan parti pada Khamis, iaitu hari keempat DNC.

Penunjuk perasaan memegang sepanduk yang mengaitkan Harris dan Presiden Joe Biden dengan kekejaman di Gaza, yang digambarkan mereka sebagai genosid, dan usaha menghapuskan rakyat Palestin melalui pengeboman serta kebuluran.

Ramai penyokong hak Palestin percaya calon baharu Demokrat itu tidak membuat banyak perbezaan seperti Biden.

Atas sebab itu, mereka memberi kata dua kepada Demokrat supaya tunduk dengan tuntutan jutaan pengundi yang ingin pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin di Gaza ditamatkan.

Walaupun sebelum ini Harris mengakui penderitaan rakyat Palestin di Gaza, calon Demokrat tersebut belum memberi jaminan sebarang perubahan dasar sebenar mengenai konflik itu.

“Kita perlu melihat tindakan. Rakyat Palestin masih dibunuh sehingga hari ini.

 “Melainkan ada perubahan sebenar dan saya tidak melihat masyarakat Islam di Winconsin menyokong Kamala Harris buat masa ini. Cukup-cukuplah,” kata seorang penunjuk perasaan, Amal Jaber.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×