TASEK GELUGOR : Sebuah kugiran melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menempa nama dalam ‘Asia Book of Records’ (ABOR) sebagai pasukan termuda untuk membentuk satu kumpulan muzik. Dikenali sebagai JOM Kids Band, kugiran itu dianggotai 13 pemuzik berbakat berketurunan India yang berusia antara berusia antara 11 hingga 17 tahun dari seluruh negara. Wakil ABOR Malaysia, Grace Kuppa berkata, JOM Band merupakan antara sebilangan kecil pemohon yang terpilih untuk menerima pengiktirafan itu…










