KEPUTUSAN Kabinet membuka laluan kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) perlu diteliti semula, bukannya diraikan sebagai sekadar peluasan akses pendidikan. Walaupun syarat tertentu seperti lulus bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditetapkan, namun isu sebenar ialah keserasian UEC dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Pengiktirafan kelayakan bukan hanya soal kemasukan ke universiti, namun berkait dengan prinsip asas yang menjadi dasar teras sistem…










