Faisal Halim masih fokus jalani pemulihan rapi - Exco - Utusan Malaysia

Faisal Halim masih fokus jalani pemulihan rapi – Exco

FAISAL HALIM
FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemain bolasepak kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim masih lagi fokus menjalani pemulihan rapi sebelum kembali beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, pemerhatian mendapati proses penyembuhan itu berjalan lancar dan menunjukkan hasil positif setakat ini dan dilihat boleh sembuh lebih awal.

“Beliau kini menunjukkan komitmen untuk kembali bermain namun kita mahu beliau fokus kepada proses pemulihannya terlebih dulu;. Status mengenai keadaan beliau akan diumumkan oleh pihak pengurusan Selangor FC dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bendera kontinjen Selangor ke Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Raja Muda Musa di sini, petang tadi.

Media sebelum ini melaporkan Faisal Halim masih dalam proses rawatan fisioterapi bagi memastikan pergerakan tangan kirinya yang melecur akibat simbahan asid dapat pulih 100 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon memaklumkan pemain itu turut melakukan senaman menguatkan paru-paru untuk mendapat kecergasan semula.

Pada 5 Mei lalu, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya sehingga disahkan melecur tahap empat.

Kecederaan pemain yang mesra dengan gelaran Mickey itu pada awalnya agak kritikal tetapi kian stabil selepas melakukan empat pembedahan susulan di hospital swasta di Shah Alam.

Namun, proses pemulihan Faisal berjalan lebih cepat daripada jangkaan dan dibenarkan keluar dari hospital sejak 25 Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×