Elaun on call: Beri PM ruang buat pengumuman

Elaun on call: Beri PM ruang buat pengumuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ruang sewajarnya untuk membuat pengumuman berhubung isu semakan elaun on call doktor perubatan, kata Hartal Doktor Kontrak (HDK).

Jurucakap HDK berkata, pihaknya tidak merancang mengadakan sebarang bentuk mogok buat masa ini selepas melihatkan kepada perkembangan positif da­ripada pihak kerajaan berhubung tuntutan dan hasrat disuarakan golongan doktor.

Bahkan, katanya HDK belum memberikan kata putus mengenai akan berlaku mogok secara rasmi buat masa ini.

“Berhubung isu semakan kadar bayaran on call, HDK berpandangan bahawa sewajarnya ruang diberikan kepada Perdana Menteri untuk membuat pengumuman sebelum sebarang komen dibuat.

“Akan tetapi kami berharap jumlah yang diputuskan perlu se­timpal dengan pengorbanan dibuat oleh doktor,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan sekumpulan pegawai perubatan di sekitar Lembah Klang dikatakan merancang untuk menganjurkan mogok bagi mendesak kerajaan memenuhi beberapa tuntutan pihaknya.

Antara tuntutan dibangkitkan adalah kenaikan elaun on call dan kenaikan gaji tambahan untuk doktor dimasukkan dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan 18 Oktober depan.

Kadar elaun on call doktor di Malaysia adalah antara terendah iaitu RM9.16 sejam berbanding Singapura iaitu RM680 setiap malam manakala Brunei (RM340 hingga RM680).

Mengulas lanjut, jurucakap HDK itu berkata, walaupun bersetuju dengan tuntutan berhubung kenaikan elaun on call petugas perubatan, pihaknya tidak merancang untuk menganjurkan mogok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN