PARIT BUNTAR: Seorang buruh binaan warga Pakistan dihukum penjara tiga bulan atas kesalahan mencuri alat periksa tekanan darah dan dua biji mentol milik sebuah surau di Tanjung Piandang, dua minggu lalu. Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi membuat ketetapan itu selepas menerima pengakuan bersalah Hussain Bilawal, 32, sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang itu didakwa telah mencuri satu alat periksa tekanan darah jenis Omron…