Cepat beri keputusan untuk tarik pelabur - PM

Cepat beri keputusan untuk tarik pelabur – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu meningkatkan kepantasan memberi kelulusan tanpa berkompromi bagi memastikan Malaysia menjadi tarikan pelabur utama di rantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun negara sudah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik namun akses kepada agenda memudahcara perniagaan perlu dipertingkatkan lagi.

“Langkah ini perlu supaya  Malaysia boleh menjadi  tumpuan para pelabur dalam rantau ini dan memperkasa agenda memudahcara perniagaan,” katanya setelah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-45.

MPFN merupakan satu platform yang digunapakai dalam membincangkan intipati penting antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melibatkan  perancangan pembangunan bandar, desa dan guna tanah negara.

Menerusi MPFN, beliau turut membincangkan mekanisme kawalan dan pengurusan bagi aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) dalam mengimbangi pulangan ekonomi serta mengambil kira aspek kemampanan alam sekitar selain tidak mengganggu kawasan hutan simpan. 

“InsyaAllah, sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus dimantapkan bagi mewujudkan landskap perancangan pembangunan yang lebih holistik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×