Bukan kekasih, Angel Dolla dan Amir Ahnaf cuma rakan

Bukan kekasih, Angel Dolla dan Amir Ahnaf cuma rakan

ANGEL DOLLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menyedari nama Angel masih dikaitkan dengan Amir Ahnaf, pihak pengurusan Universal Music Malaysia menegaskan, anggota kumpulan Dolla itu tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon sensasi tersebut.

Menurut Penolong Pengurus Pemasaran Domestik label berkenaan, Amir Wahab, mengenali Angel, penyanyi berusia 23 tahun itu tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta kerana mempunyai jadual kerja seni yang sangat padat.

“Angel cuma kawan industri sahaja dengan Amir, tidak lebih daripada itu.Setakat yang saya tahu dan kenali dia, Angel tak pernah keluar dengan Amir atau mana-mana lelaki lain.

“Sebelum ini pun, dia sa­ngat sibuk dengan persediaan dan persiapan untuk konsert, dia tiada masa untuk perkara lain.

“Mengenai Amir, Angel pun sekadar bertemu dia di majlis-majlis hiburan sahaja. Malah, rasanya, Amir sendiri pun pernah beri kenyataan bahawa dia menganggap Angel umpama seorang adik,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

AMIR AHNAF

Dalam pada itu, kata Amir, buat masa ini, Angel juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan demi tidak mahu memanjangkan isu.

Malah, jelas Amir, pada waktu ini juga Angel sedang berehat dan menghabiskan masa cuti di United Kingdom (UK) sebelum kembali bekerja dengan jadual yang padat.

Terdahulu, nama Angel menjadi bahan bualan warganet dan peminat apabila dia didakwa sedang bercinta dengan pelakon filem Kahar Kapla High Council tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×