Bank digital perlu berubah sebelum ketinggalan - Anwar 

Bank digital perlu berubah sebelum ketinggalan – Anwar 

ANWAR Ibrahim merasmikan ibu pejabat GXBank dan pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di sini hari ini. - SHIDDIQIEN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru supaya bank digital tempatan melakukan perubahan dengan pantas supaya tidak ketinggalan dalam proses transformasi digital.  

Perdana Menteri berkata, negara harus beralih ke arah tahap lebih maju dan menyakinkan selain meneroka perkara baharu yang belum dikuasai, dimiliki dan difahami masyarakat.

“Bank digital ini perlu diberi laluan pantas supaya mereka dapat bergerak maju dalam masa yang lebih cepat.

“Kita bukan hendak menjadi paling awal, namun jika dibanding dengan negara rantau, kita ketinggalan dalam bidang bank digital.

“Oleh itu, saya sarankan untuk melakukan perubahan itu dalam kadar lebih laju dan pesat,” katanya dalam ucapan perasmian Ibu pejabat GXBank dan pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di sini hari ini.

Anwar berkata, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Digital juga menyokong supaya bank digital tidak lagi terhambat dan terhalang dengan peraturan dan proses lama.

“Cabaran untuk GXBank dan bank digital lain ialah melakukan perubahan itu dalam kadar yang lebih laju dan pesat. Saya yakin seluruh keluarga GXBank ini akan menyahut cabaran ini dengan berani,” katanya.

Katanya, bank digital perlu memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat untuk kekal mampan, selain meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat mengenai bank digital.

“Jika ekonomi itu tidak merakyatkan, maka ia mampan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN