WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas bekas Presiden Haiti, Michel Joseph Martelly di atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dengan mendakwa beliau memainkan peranan besar dalam meneruskan krisis berpanjangan di negara tersebut. “Martelly menyalahgunakan pengaruhnya untuk memudahkan pengedaran dadah dan telah menaja beberapa kumpulan samseng yang berpangkalan di Haiti,” kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel dalam satu kenyataan akhbar. Dalam satu kenyataan, Jabatan Perbendaharaan AS menyatakan…