WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan penjualan jet pejuang bernilai AS$20 bilion (RM88.5 bilion) dan peralatan ketenteraan lain kepada Israel ketika Tel Aviv meneruskan pembunuhan besar-besar terhadap penduduk Palestin di Gaza sejak 10 bulan lalu. Satu kenyataan Pentagon memaklumkan, pembelian diluluskan Setiausaha Negara, Antony Blinken itu melibatkan penjualan jet F-15 dan peralatan bernilai hampir AS$19 bilion (RM84.1 bilion) bersama peluru kereta kebal bernilai AS$774 juta (RM3.4 bilion), peluru mortar bernilai…