AS jual aset pertahanan kepada Israel cetus konflik Gaza

AS jual aset pertahanan kepada Israel cetus kebimbangan konflik Gaza

PESAWAT pejuang F-15E terbang semasa pertunjukan udara di Tel Aviv pada 26 April 2023, ketika Israel menandakan Hari Kemerdekaan atau Yom HaAtzmaut 75 tahun sejak penubuhan negara Yahudi itu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tindakan Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan aset pertahanan bernilai lebih AS$20 bilion (RM88.5 bilion) termasuk pesawat pejuang kepada Israel menjelang rundingan gencatan senjata api.

Perkembangan ini sekali gus mencetuskan kebimbangan yang mungkin Tel Aviv meneruskan pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk Palestin di Gaza sejak Oktober lalu.

Satu kenyataan Pentagon memaklumkan, pembelian diluluskan Setiausaha Negara, Antony Blinken itu melibatkan penjualan jet F-15 dan peralatan bernilai hampir AS$19 bilion (RM84.1 bilion) bersama peluru kereta kebal bernilai AS$774 juta (RM3.4 bilion), peluru mortar bernilai AS$60 juta (RM265.6 juta) dan kenderaan berperisai bernilai AS$583 juta (RM2.6 bilion).

Kelulusan itu dibuat ketika situasi semakin meruncing kerana terdapat kebimbangan Israel mungkin terlibat dalam perang yang lebih meluas di Asia Barat.

Bagaimanapun menurut Pentagon, jet tempur F-15 dari Boeing Co dijangka memerlukan beberapa tahun untuk dihasilkan, dengan penghantaran dijangka bermula pada tahun 2029. 

Peralatan lain pula dijangka dihantar pada tahun 2026, namun seorang pakar pemerolehan senjata menyatakan, ia mungkin diterima Israel lebih awal.

Sebelum ini, kongres telah dimaklumkan tentang penjualan tersebut termasuk lebih daripada 50 jet pejuang F-15, peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana termaju (AMRAAM), peluru tangki 120 mm dan mortar letupan tinggi dan kenderaan taktikal.

Pentagon turut mengulangi pendirian Washington menyokong Tel Aviv bagi membangunkan dan mengekalkan kemampuan pertahanan Israel.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, dalam satu hantaran di platform  X, mengucapkan terima kasih kepada pegawai AS atas bantuan dan komitmen mereka memperkukuhkan keupayaan ketenteraannya di rantau Asia Barat.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×