Adik Zayn Rayyan dijaga nenek saudara

Adik Zayn Rayyan dijaga nenek saudara

ISMANIRA Abd. Manaf melambai kepada anaknya selepas menghadiri prosiding semakan hak penjagaan adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin dekat Mahkamah Majistret di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini membenarkan penjagaan sementara adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin selama dua bulan kepada ahli keluarga terdekat bermula hari ini.

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman memutuskan hak penjagaan sementara kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu diberikan kepada nenek saudaranya.

Peguam mewakili kanak-kanak itu, Nurul Ikrimah Mohd. Raya berkata, hak penjagaan diberikan secara bersyarat antaranya melaporkan kepada pelindung iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap aktiviti termasuk lawatan ibu bapa, Ismanira Abd. Manaf dan Zaim.

“Lawatan ibu bapa hanya dibenarkan seminggu sekali selama tidak lebih lapan jam dan ditemani oleh penjaga. Namun, ibu bapa boleh menghubungi anak mereka melalui panggilan video pada bila-bila masa tanpa had.

“Selain itu, ibu bapa dibenarkan menemani anak mereka menjalani terapi autistik sekali setiap bulan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding tersebut di luar pekarangan mahkamah.

Dalam pada itu, mahkamah turut menetapkan sebutan semula semakan hak penjagaan pada 4 Oktober depan.

Terdahulu, JKM memperoleh Perintah Hak Jagaan Sementara terhadap adik kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh, tahun lalu.

Permohonan tersebut sebelum ini dibuat di bawah Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001 daripada Mahkamah Majistret sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN