55 PATI ditahan di kilang e-waste  55 PATI ditahan di kilang e-waste 

55 PATI ditahan di kilang e-waste 

SERAMAI 55 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi di premis memproses sampah elektronik (e-waste) haram di Kawasan Perindustrian Segamat 2, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seramai 55 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi di premis memproses sampah elektronik (e-waste) haram di Kawasan Perindustrian Segamat 2, baru-baru ini. 

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, operasi itu adalah susulan aduan penduduk setempat mengenai sejumlah warga asing bekerja di beberapa premis memproses sampah elektronik di situ. 

“Premis berkenaan juga dipercayai menyebabkan berlakunya pencemaran bau dan tidak memiliki lesen sah daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kesemua ditahan adalah warga asing seramai 34 lelaki Bangladesh, 20 lelaki dan seorang perempuan Kemboja. 

“Mereka dalam lingkungan usia 20 hingga 50 tahun.

“Kesemua ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan dan tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×