Ketua Pengarah J-Kom usah beri ruang maklumat dimanipulasi - Fahmi 

Ketua Pengarah J-Kom usah beri ruang maklumat dimanipulasi – Fahmi 

FAHMI FADZIL 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohd. Hisyamuddin Ghazali dinasihatkan supaya tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasi maklumat yang disampaikan kepada rakyat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia susulan kelantangan penyampaian Mohd. Hisyamuddin dalam media sosial selepas dilantik menjawat jawatan tersebut pada minggu lalu.

Katanya, pada masa sama, J-Kom perlu berhati-hati untuk memastikan rakyat faham mengenai apa yang cuba disampaikan oleh kerajaan.

“Ini baru minggu pertama dan kita akan teliti mutu perkhidmatan beliau. Pada waktu ini, beliau ada menerima nasihat dan saya pun ada menasihatinya. Jangan sehingga wujud satu ruang yang dapat dimanipulasi oleh pihak yang memusuhi dan sengaja mencari isu.

“Tetapi, saya lihat kepantasan beliau dalam mengetengahkan isu dan menangani sesuatu isu adalah satu perkara yang sangat segar,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Bagi Negeri Kelantan, sini hari ini.

Fahmi berkata, tenaga dan dinamisme yang tunjukkan oleh Mohd. Hisyamuddin sangat baik namun perlu berhati-hati untuk memastikan rakyat faham visi kerajaan.

Terdahulu, kecoh apabila Mohd. Hisyamuddin dilihat lantang bersuara dalam media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana beliau ketika ini sudah memegang jawatan besar dalam kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN