Industri nasyid sukar dapat tajaan, pihak pengurusan anggap program Islamik tidak laku - Utusan Malaysia

Industri nasyid sukar dapat tajaan, pihak pengurusan anggap program Islamik tidak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap stesen televisyen dan pihak pengurusan yang menganggap program berbentuk Islamik tidak laku menjadi punca utama industri nasyid sukar mendapat tajaan.

Mewakili anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 53, berkata, alasan tiada penaja tidak sepatutnya timbul sekiranya pihak yang menguruskan media mempunyai kesedaran agama yang tinggi.

“Isu tiada penaja sebenarnya berbalik kepada kesedaran pihak pengurusan sendiri. Jika stesen televisyen menganggap program Islamik tidak laku, itu adalah satu pemikiran yang sangat bahaya.

“Pihak pengurusan tidak boleh memberikan alasan program Islamik tidak boleh berjalan kononnya kerana tiada penaja. Usaha menyebarkan kebaikan ini tidak sepatutnya disekat hanya disebabkan faktor komersial,” katanya.

Azadan berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar Konsert Malam Qalbu yang berlangsung di Royal Chulan, The Curve Damansara, semalam.

Sementara itu, wakil After Music mengakui penganjuran Konsert Malam Qalbu merupakan percubaan pertama mereka dalam mengendalikan acara berunsur Islamik di negara ini.

Bagaimanapun, pihaknya menaruh keyakinan tinggi untuk menjadikan konsert seumpama itu sebagai acara tahunan sekiranya mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

“Ini adalah percubaan pertama kami dan insya-Allah, selepas fasa ini berjaya kami akan buat lebih banyak lagi. Kami menganggap usaha ini sebagai asbab semata-mata, manakala hidayah itu adalah milik Allah SWT,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN