37 pelatih Paskam UMT ditauliah Leftenan Muda - Utusan Malaysia

37 pelatih Paskam UMT ditauliah Leftenan Muda

MOHD. Zawawi Abdullah (dua, kanan) beramah mesra bersama sebahagian pelatih Paskam sebelum sesi bergambar pada Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda Paskam UMT Siri 1/2022 di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 37 pelatih Pasukan Kadet Maritim Malaysia (Paskam) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda setelah menamatkan latihan dua tahun, hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, mereka merupakan kumpulan pertama dari UMT yang tamat kursus berkenaan.

Menurut beliau, UMT merupakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kedua yang menawarkan latihan Paskam pada 2022 sebagai kursus kokurikulum selepas Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Katanya, Paskam di IPTA berperanan penting untuk memberi pendedahan kepada pelatih berhubung aspek penguatkuasaan dan kawalan maritim negara.

“Pemilihan UMT juga bertepatan kerana universiti itu juga terkenal dengan bidang kelautan dan maritim melalui program pengajian yang ditawarkan di semua peringkat.

“UMT turut memiliki fasiliti serta kemudahan sesuai untuk kursus Paskam seperti kapal, bot latihan dan simulator selain pusat kajian lapangan di Pulau Redang serta Pulau Bidong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda Paskam UMT Siri 1/2022 di Dataran Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Zawawi, penubuhan Paskam tertakluk kepada Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 (Akta 633) (Pindaan 2018) dengan ambilan pertama di UMT adalah pada Oktober 2022.

Walaupun sekadar memenuhi keperluan subjek kokurikulum, katanya, peranan kursus itu di IPTA penting bagi memenuhi keperluan industri yang menyumbang pertumbuhan ekonomi negara.

“Latihan diterapkan dalam kursus Paskam dapat membentuk keperibadian pelatih yang lebih berdisiplin ke arah menjadi pemimpim yang berjaya pada masa depan,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×