36 mangsa banjir di dua PPS di Tanjung Malim - Utusan Malaysia

36 mangsa banjir di dua PPS di Tanjung Malim

KAWASAN yang dilanda banjir berikutan hutan berterusan di Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Hujan lebat berterusan selama lima jam hari ini menyebabkan dua pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di sini.

Dua pusat pemindahan itu melibatkan 36 mangsa banjir yang kediaman mereka terjejas ekoran banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan itu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Husin berkata, PPS di Dewan Kampung Pauh menempatkan lima mangsa banjir membabitkan sebuah keluarga dari Kampung Sri Behrang.

“Sementara itu, PPS di SMK Khir Johari menempatkan 31 mangsa banjir membabitkan enam keluarga dari Kampung Ketoyong dan Kampung Leonardo di sini.

“Ketika ini hujan masih berlaku di kawasan berkenaan dan dijangka akan ada lagi pertambahan mangsa banjir di kedua-dua PPS terbabit,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan di Kampung Berop di sini juga mendapati, beberapa perkarangan rumah penduduk mulai dipenuhi air akibat hujan lebat berterusan dan anggota APM sentiasa bersedia untuk membuat persediaan luar jangka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN