PETALING JAYA: Sebanyak 1,185,050 pelancong dari China diterima masuk ke negara ini pada tahun ini (dari Januari) setakat Mei lalu. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah tersebut mencatat peningkatan sebanyak 194 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu. Menurut beliau, peningkatan kemasukan pelancong dari republik itu susulan pelaksanaan pengecualian visa. “Saya menggalakkan semua syarikat penerbangan merebut peluang ini dan memperluaskan kesalinghubungan antara Malaysia dengan…