SIBU: Tiga buah rumah di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Teku di sini musnah mengakibatkan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kejadian pagi ini. Dalam kejadian itu, mangsa yang rentung dikenali Kong Kim Ngin, 52, sementara 26 penghuni lain hilang tempat tinggal. Komander Operasi, PBK II Terrance Jimbun berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.04 pagi dengan menggerakkan 18 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan…