BUTTERWORTH : UMNO Pulau Pinang akan menghantar surat bagi menggesa kerajaan negeri menghentikan penggunaan kadar tarif air baharu yang membebankan rakyat di negeri ini. Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, usul terbabit dilaksanakan oleh UMNO Bukit Mertajam menerusi mesyuarat perwakilan bahagian itu selain menggesa satu kajian dibuat terhadap impak serta kebajikan rakyat. Katanya, walaupun kerajaan negeri telah memberikan subsidi atau rebat bagi kategori tertentu, namun, rakyat masih terkesan dengan kenaikan…