Sungai Bakap: UMNO Pulau Pinang jamin MCA, MIC akan bantu kempen PH

Sungai Bakap: UMNO Pulau Pinang jamin MCA, MIC akan bantu kempen PH

MUSA Sheikh Fadzir ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : UMNO Pulau Pinang memberi jaminan bahawa seluruh jentera Barisan Nasional (BN) negeri akan turun berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai ini.

Jaminan itu disuarakan sendiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

“Saya bagi jaminan. Dulu kita ‘katup’ (tutup) buku. Sekarang, buka buku baharu pula. Kita bekerja sebagai satu kumpulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada orang tanya saya juga. MCA dan MIC (di Pulau Pinang) akan turun berkempen ‘dak’ (atau tidak). Saya dah jumpa (pemimpin) MCA dan MIC. Mereka janji akan turun padang (berkempen).

“Jadi, kali ini, kita kuburkan PN, kita rampas DUN Sungai Bakap daripada depa (mereka). Kita akan mulakan semangat baru bersama satu jentera untuk menangkan calon PH atas nama Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta barisan kepimpinan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

PRK Sungai Bakap bakal diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang mewakili PN pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN lepas, Nor Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini