UMNO serah kepada PH tentukan kedudukan dalam kerajaan Pulau Pinang

UMNO serah kepada PH tentukan kedudukan dalam kerajaan Pulau Pinang

MUSA Sheikh Fadzir (kiri) ketika berucap sempena mesyuarat tahunan Parti IPF kali ke-34 di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : UMNO Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menentukan kedudukan parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya bersedia menerima apa sahaja keputusan yang dibuat kerana tumpuan ketika ini lebih diberikan kepada usaha untuk memperkukuh parti serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

“Kami (UMNO) nak buat kerja, kami nak kuatkan parti kami. Kami tidak mahu takbur, tidak mahu mendabik dada. Walaupun kami menang (pilihan raya) di Johor dan menang di tempat lain, kami cuma mahu buat kerja kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengenai soal kedudukan UMNO (dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang) itu, biar PH sahaja yang buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tahunan Parti IPF kali ke-34 di sini, hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan UMNO susulan kenyataan oleh beberapa pemimpin PH yang mahu parti itu keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Musa berkata, buat masa ini, beliau tidak mahu terlalu banyak mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan kerana bimbang ia akan mengalih perhatian daripada tugas utama parti untuk membantu rakyat.

“Kalau saya asyik jawab, jawab dan jawab, maka, tak jadi kerja dan rakyat juga akan meluat. Jadi, buat apa kita ‘dok’ buat kenyataan yang pelik-pelik. Sebab itulah saya tak mahu jawab,” katanya.

Justeru, beliau berkata, keutamaan UMNO Pulau Pinang ketika ini adalah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat berbanding memberi respons kepada isu-isu yang dianggap tidak begitu penting.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×