SHAH ALAM: Tiga kontraktor syarikat penyelenggaraan jalan warga India maut manakala seorang lagi cedera selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 3.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini, awal pagi tadi. Kemalangan menimpa semua lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an itu berlaku ketika mereka sedang melakukan kerja menyelenggara di kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan…