SHAH ALAM: Laporan sumbangan 25.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Selangor seperti yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) membuktikan keyakinan komuniti perniagaan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri ini. Malah, berdasarkan laporan tersebut juga, Selangor dikatakan sekali lagi mencipta sejarah dengan nilai aktiviti ekonomi yang berjumlah RM406.1 billion, sekali gus menjadi negeri pertama mempunyai kitaran ekonomi melebihi RM400 billion. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan…