KUALA LUMPUR: Semua ahli Dewan Rakyat wajib menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 November ini. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata demikian sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan, hari ini. Katanya, jika mana-mana ahli Dewan Rakyat gagal berbuat demikian, nama mereka akan dipaparkan di laman web Parlimen. “Tanpa pengecualian. Surat mengenai pemeriksaan kesihatan itu sudah diedarkan kepada Yang Berhormat. “Pemeriksaan kesihatan ini akan dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Parlimen atau…










