NIBONG TEBAL : Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap tidak pernah dikongkong, dikawal atau diintip oleh pihak berkuasa. Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hari ini. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, dakwaan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang itu tidak berasas kerana keadaan semasa ketika ini adalah begitu bertentangan iaitu sangat aman dan tenteram sekali. “Semua…










