Tenang sambil menghasilkan trinket tray

Tenang sambil menghasilkan trinket tray

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi yang gemarkan aktiviti kreatif dan hasil buatan tangan, menghasilkan trinket tray sendiri boleh menjadi aktiviti santai untuk mengisi masa lapang.

Trinket tray merupakan dulang kecil yang boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan seperti barang kemas, cincin, kunci, syiling atau barangan kecil lain yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.

Bengkel anjuran Serriseni itu dikendalikan pengasasnya, Siti Aimy Mohd Khidzir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Siti Aimy, sasaran utama bengkel tersebut adalah wanita, khususnya mereka yang memerlukan sedikit ruang untuk diri sendiri selepas melalui rutin yang sama sepanjang hari bekerja.

Katanya, bengkel itu bukan sekadar memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan sesuatu dengan tangan sendiri, tetapi turut menjadi ruang untuk melepaskan tekanan, memperlahankan rentak seketika dan menikmati masa untuk diri sendiri.

Sepanjang bengkel, peserta berpeluang menghasilkan trinket tray sendiri dari awal hingga akhir menerusi beberapa proses termasuk mould, demoulding, mewarna serta finishing atau sealing.

Setiap proses memberikan pengalaman berbeza apabila peserta dapat melihat sendiri bagaimana bahan asas dihasilkan sebelum dihias mengikut kreativiti masing-masing.

Bengkel tersebut turut memberi peluang kepada peserta yang langsung tiada pengalaman dalam bidang seni atau kraftangan untuk mencubanya.

Peserta tidak perlu pandai melukis atau mempunyai kemahiran khusus, sebaliknya hanya perlu mencuba dan menikmati proses menghasilkan trinket tray tanpa terlalu memikirkan hasil yang sempurna.

Daripada memilih warna, corak dan kemasan, setiap peserta bebas bereks­perimen dengan idea sendiri bagi menghasilkan dulang yang mempunyai sentuhan peribadi.

Keadaan itu menjadikan setiap trinket tray yang dihasilkan tidak semestinya kelihatan sama kerana reka bentuknya bergantung kepada pilihan dan kreativiti masing-masing.

Selain menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan, peserta turut berpeluang berinteraksi dan berkenalan dengan individu baharu yang mempunyai minat terhadap aktiviti kreatif.

Sambil menghasilkan trinket tray, peserta boleh bertukar idea, berkongsi pengalaman dan melihat hasil kreativiti antara satu sama lain.

Bagi yang hadir bersama rakan, bengkel ini boleh menjadi peluang untuk meluangkan masa bersama sambil mencuba aktiviti baharu dan menghasilkan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan.

Peserta yang hadir bersendirian juga boleh berkomunikasi dengan peserta lain, sekali gus membuka peluang untuk berkenalan dengan kawan baharu dalam suasana yang santai.

Hasil yang siap boleh dibawa pulang dan digunakan untuk menyimpan barang kemas, kunci atau pelbagai barangan kecil supaya lebih teratur.

Trinket tray yang dihasilkan juga boleh dijadikan hadiah kepada keluarga atau rakan kerana setiap dulang mempunyai rekaan dan sentuhan tersendiri.

Bagi Siti Aimy, hasil fizikal yang dibawa pulang itu hanyalah sebahagian daripada pengalaman yang ingin diberikan kepada peserta.

Lebih penting, peserta dapat menikmati beberapa jam untuk diri sendiri, berehat seketika daripada kerja dan rutin harian serta pulang dengan perasaan yang lebih tenang dan gembira.

Bagi mereka yang mahu mencuba aktiviti kreatif tanpa pengalaman dalam bidang seni atau kraftangan, bengkel trinket tray ini boleh menjadi pilihan untuk menghasilkan sesuatu dengan tangan sendiri sambil menikmati masa berkualiti.

Gabungan kreativiti, aktiviti hands-on, peluang berkenalan dengan orang baharu dan ruang untuk ‘recharge’ menjadikan bengkel ini satu pengalaman santai selain memberi peluang kepada peserta menghasilkan trinket tray sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini