KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali pertama antara lainnya adalah memberi kuasa kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk mengiktiraf kelayakan serta latihan kepakaran bagi tujuan pendaftaran pengamal perubatan dan pakar. Pindaan yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat hari ini merupakan sebahagian daripada Fasal 4 dalam RUU berkenaan yang secara umum bertujuan meminda Akta Perubatan 1971 (Akta 50). Ia adalah bagi menambah baik peruntukan mengenai pendaftaran pengamal perubatan sebagai pakar serta bagi melaksanakan proses pengiktirafan kelulusan dan latihan kepakaran. Fasal 4 juga bertujuan memberi kuasa kepada MMC…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya