Awie, isteri raikan sedekad perkahwinan bersama komuniti Wings Gang Society (WMGS) - Utusan Malaysia

Awie, isteri raikan sedekad perkahwinan bersama komuniti Wings Gang Society (WMGS)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR- Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie bersama isteri, Datin Sharifah Ladyana meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 dalam sebuah majlis yang turut menghimpunkan keluarga, sahabat handai serta ahli komuniti Wings Motor Gang Society (WMGS).

Sepanjang sedekad melayari kehidupan berumah tangga, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, selain turut membesarkan lima lagi anak yang melengkapkan kebahagiaan keluarga mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis berkenaan turut diserikan dengan sambutan ulang tahun ke-11 WMGS, komuniti permotoran yang diasaskan Awie berlandaskan semangat persaudaraan, minat terhadap dunia permotoran dan kecintaan terhadap motosikal berkuasa besar.

WMGS bermula daripada pertemuan peminat selepas Konsert Wings 30 pada 2012 sebelum berkembang menerusi aktiviti tunggangan dan konvoi, seterusnya ditubuhkan secara rasmi pada 2015 di Tadom.

Sepanjang penubuhannya, komuniti itu aktif menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk konvoi berskala besar di Songkhla dan Pattaya, Thailand serta penganjuran WMGS Bike Meet 2024. Kini, WMGS mempunyai 538 ahli berdaftar dengan kira-kira 250 orang dijangka memeriahkan sambutan ulang tahun ke-11 berkenaan termasuk pasangan masing-masing.

Penggabungan kedua-dua sambutan itu membawa makna tersendiri apabila meraikan dua ikatan berbeza, iaitu kasih sayang dalam institusi keluarga dan semangat persaudaraan yang terbina menerusi minat serta kebersamaan dalam komuniti permotoran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini