PETALING JAYA: Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan menghalang wakil rakyat melompat parti, kini mencetuskan pelbagai implikasi ekoran keputusan Speaker Dewan Rakyat mengumumkan tiada kekosongan kerusi enam wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilucutkan keahlian mereka. Ini kerana, Speaker berpandangan arahan-arahan di bawah Perlembagaan Bersatu adalah bertentangan dan menafikan hak bekas ahli-ahli parti itu tetapi masih terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, Bersatu menerusi pindaan peraturan parti sebelum ini…