Ruang kasut kondominium terbakar, tiga cedera ringan 

Ruang kasut kondominium terbakar, tiga cedera ringan 

KEADAAN ruang penyimpanan kasut sebuah kondominium di Jalan Gombak yang terbakar hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapan penghuni sebuah unit kondominium di KL Traders Square di Jalan Gombak dekat sini, berdepan detik cemas selepas ruang penyimpanan kasut terbakar awal pagi ini. 

Kejadian itu mengakibatkan tiga penghuni cedera ringan manakala lima lagi selamat. 

Komander Operasi Rozaidi Mat Isa berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima terima panggilan kecemasan pada 1.16 pagi dan pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Gombak Selatan, BBP Sentul dengan kekuatan 21 anggota dihantar ke lokasi.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba, kebakaran didapati membabitkan ruangan tempat penyimpanan kasut di hadapan rumah yang terbakar sebanyak 50 peratus.

“Seramai lapan penghuni dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Seramai tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN