Empat kilang di Balakong musnah terbakar

Empat kilang di Balakong musnah terbakar

IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat kilang di Taman Cheras Jaya, Balakong dilaporkan musnah selepas kebakaran besar berlaku di kawasan tersebut semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 9.24 malam semalam.

Menurutnya, pihaknya segera menggerakkan sebuah jentera ke lokasi kejadian serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn ke lokasi kejadian.

“Melalui hasil pemeriksaan, salah sebuah kilang telah musnah sepenuhnya dengan tahap kerosakan mencecah 100 peratus, manakala tiga lagi premis mengalami kemusnahan sekitar 90 peratus, 80 peratus dan 50 peratus.

“Penggunaan dron turut digunakan untuk membantu pasukan bomba menilai situasi kebakaran dari udara selain memantau pergerakan api bagi memastikan operasi pemadaman dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak pada kira-kira pukul 10.18 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, operasi pemadaman kebakaran itu turut mendapat bantuan beberapa balai bomba berdekatan, termasuk BBP Seri Kembangan, BBP Kajang, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Cheras, BBP Bangi dan BBP Petaling Jaya.

Katanya, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Serdang turut turun ke lokasi kejadian bagi membantu memadam kebakaran.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat bagi memastikan keselamatan orang awam dan mengawal laluan di sekitar kawasan kejadian,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN