Projek pembangunan sumber air tidak tercapai

Projek pembangunan sumber air tidak tercapai

Teknologi pembentungan
Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencapaian prestasi penyiapan projek fizikal untuk sumber air, bekalan air terawat dan kualiti air tidak mencapai objektif pembinaan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2/2024, keadaan tersebut terjadi ekoran penemuan lewat daripada tempoh jadual asal seperti ditetapkan.

Antara penemuan audit lain adalah pengurusan punca pencemaran tidak mencapai sasaran seperti ditetapkan dan pengurangan air tidak berhasil (NRW) juga tidak dicapai berikutan jumlahnya masih tinggi.

“Mekanisme perkongsian bersama melibatkan semua pihak termasuk NRES, PETRA, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta pihak berkuasa tempatan seluruh negara perlu dipertingkatkan bagi menjamin ketersediaan dan kelestarian air negara,” katanya.

Menurut laporan itu, pengurusan air negara terletak di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan TRansformasi Air dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Laporan itu mengesyorkan beberapa penambahbaikan. Antaranya, meningkatkan pemantauan terhadap penyiapan projek dan program pembangunan dan naik taraf sumber, bekalan dan kualiti air dalam tempoh ditetapkan.

“Disyor untuk memperluaskan liputan pembentungan bersambung bagi memastikan rawatan sisa kumbahan berkualiti.

“Selain itu, memantapkan tadbir urus kolaboratif serta penglibatan bersama Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN