PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen sekiranya diminta UMNO

PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen sekiranya diminta UMNO

TEO Nie Ching (duduk) ketika melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pangkalan Kota di Georgetown, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : DAP bersedia untuk turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sekiranya diminta untuk berbuat demikian oleh UMNO.

Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching berkata, pada masa ini, apa yang penting adalah memastikan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan iaitu UMNO yang meletakkan calon di kerusi tersebut menang dalam pilihan raya berkenaan.

“PRK Nenggiri memang bukan DAP yang letakkan calon. Jadi, memang kami sedia membantu berdasarkan kapasiti yang boleh sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kalau tidak ada permintaan untuk datang (berkempen), sudah tentu penglibatan kita akan kurang,” katanya selepas merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pangkalan Kota di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, DAP tidak perlu hadir berkempen di Nenggiri menjelang PRK di Kelantan.

Menurut Razaleigh, tidak ada sebab untuk pemimpin parti majoriti Cina itu untuk turun berkempen di kawasan yang dihuni oleh 100 peratus pengundi Melayu itu.

Dalam pada itu, Nie Ching memberitahu, beliau sendiri telah membaca laporan mengenai pemimpin UMNO yang meminta agar DAP tidak turun berkempen pada PRK Nenggiri, namun, beliau sendiri mempunyai pandangan berbeza dalam isu tersebut.

“Mengikut pandangan saya, walaupun dengan mana-mana parti kalau bukan di kerusi yang kami (DAP) letak calon, kami gembira untuk bersiap sedia dan membantu (kempen),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×