Polis tahan teman lelaki Nur Farah Kartini

Polis tahan teman lelaki Nur Farah Kartini

Nur Farah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah adalah teman lelakinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun terbabit ditahan susulan siasatan yang dilakukan berhubung kehilangan mangsa.

“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Suspek kini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman.

Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 6 petang dipercayai dibunuh individu dikenalinya.

Pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim. 

Beliau dilaporkan berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×