MARANG: Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM7.23 bilion untuk Terengganu pada tahun ini bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu adalah peningkatan berbanding RM5.99 bilion yang telah disalurkan pada tahun 2022. Menurutnya, ia adalah bukti bahawa Terengganu tidak pernah dipinggirkan walaupun berlainan fahaman politik dengan kerajaan Persekutuan. Tambahnya, sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, keseluruhan perbelanjaan mengurus agensi persekutuan, pemberian pada negeri dan pembangunan…