Pengguna TikTok direman 4 hari bantu siasatan kes Esha 

Pengguna TikTok direman 4 hari bantu siasatan kes Esha 

AHMAD SUKARNO MOHD. ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna akaun TikTok @DulalBrothers ditahan direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap seorang pempengaruh media sosial yang ditemukan meninggal dunia di kediamannya pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah reman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad. 

“Lelaki itu direman selama empat hari bermula 11 Julai (hari ini) hingga 14 Julai. 

“Suspek dipercayai melakukan ugutan menggunakan akaun TikTok ‘@DulalBrothers’ telah ditahan pada 6.30 petang semalam di Setapak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurutnya, semakan awal mendapati lelaki ini bekerja sebagai pemandu lori

Tambahnya, lelaki terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

5 Julai lalu, pempengaruh terbabit iaitu Rajeswary Appahu, 30, atau dikenali sebagai ‘Esha’ ditemukan meninggal dunia di kediamannya pada sehari selepas  membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya. 

Berikutan itu, polis telah menahan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun di Jalan Cempaka 2, Bukit Beruntung, Selangor pada 1.45 pagi, Isnin lalu.

Siasatan polis mendapati penama akaun @DulalBrothers dan @Alphaquinnsha telah menggunakan gambar Rajeswary (Esha) sebagai latar belakang kandungan video yang telah dimuat naik ke akaun masing-masing.

Kandungan tersebut juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman kepada mangsa selain menggunakan kata-kata kesat serta lucah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×