BESUT: Seorang pelancong asing ditahan polis kerana dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita tempatan berusia 19 tahun di Pulau Perhentian di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki warganegara Maghribi berusia 20-an itu ditahan selepas polis menerima laporan kes tersebut.
“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati mangsa merupakan seorang ahli terapi di sebuah spa di Pulau Perhentian dan dikatakan dicabul semasa memberikan perkhidmatan urutan ke atas lelaki berkenaan.
“Sehubungan itu, suspek telah ditangkap dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Abdul Rozak, polis telah mendapat perintah reman selama empat hari di Majistret Daerah Besut hari ini dan kes disiasat di bawah seksyen 354 kanun keseksaan. – UTUSAN









