PETALING JAYA: Sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi pelaksanaan syor-syor jawatan kuasa kajian terhadap kes kematian dalam tahanan. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, pasukan itu juga berperanan mengenal pasti cadangan langkah pencegahan berhubung aspek penambahbaikan perundangan, prosedur operasi standard (SOP) dan infrastruktur untuk diteliti oleh entiti kawal selia serta dilaksanakan agensi penguatkuasaan di bawah bidang kuasa masing-masing. Ia adalah antara beberapa dasar dan…










