KUALA LUMPUR: Sebuah portal yang mengandungi maklumat dan peta kejadian banjir akan dilancarkan kerajaan hujung tahun ini. Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementeriannya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah membangunkan portal perkongsian peta kejadian banjir. Menurut beliau, pembangunan portal tersebut bagi memastikan perkongsian peta itu dapat dimanfaatkan semua lapisan masyarakat. “JPS melaksanakan sesi libat urus bersama kerajaan-kerajaan negeri, agensi persekutuan termasuk Kementerian Perumahan…