PARLIMEN: Kemasukan murid bukan bumiputera ke SK menurun dalam 10 tahun 

PARLIMEN: Kemasukan murid bukan bumiputera ke SK menurun dalam 10 tahun 

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemasukan murid bumiputera ke sekolah antarabangsa meningkat 49.4 peratus dalam tempoh hampir enam tahun sejak 2019. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bukan bumiputera pula merekodkan peningkatan sebanyak 30.6 peratus bagi tempoh sama.

Katanya, sehingga 31 Mei 2024, jumlah murid di sekolah antarabangsa adalah seramai 88,951 dengan pecahan warganegara seramai 59,726 atau 67.1 peratus dan bukan warganegara seramai 29,225 (32.9 peratus).

Sehubungan itu, katanya, bagi pecahan warganegara mengikut kategori bumiputera adalah 19.9 peratus dan bukan bumiputera sebanyak 80.1 peratus. 

“Sekolah antarabangsa turut menerima masuk murid warganegara dan bukan warganegara,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat, semalam. 

Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik bilangan dan peratusan pelajar yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta sekolah antarabangsa mengikut pecahan tahun dan kaum dari 2004 hingga 2024.

Yu Hui juga bertanya statistik bilangan dan peratusan pelajar yang belajar di SJKC dan SJKT mengikut pecahan kaum berdasarkan tahunan dari 2004 hingga 2024.

Kata Fadhlina, bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini, SK menunjukkan peningkatan enrolmen murid bumiputera daripada 93.81 peratus pada 2014 kepada 95.12 peratus pada 2024, manakala murid bukan bumiputera pula menunjukkan penurunan daripada 6.19 peratus pada 2014 kepada 4.88 peratus tahun ini.

Katanya, bagi murid SJKC, terdapat peningkatan murid bumiputera daripada 11.67 peratus pada 2014 kepada 18.52 peratus tahun ini.

Jelasnya, murid bukan bumiputera di SJKC menunjukkan penurunan daripada 88.33 peratus pada 2014 kepada 81.48 peratus tahun ini.

“Di SJKT, terdapat peningkatan enrolmen murid bumiputera dari 0.38 peratus pada 2014 kepada 0.49 peratus pada 2024.

“Kadar murid bukan bumiputera di SJKT adalah sekitar 99 peratus dari 2014 sehingga 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN