KUALA TERENGGANU: Bot nelayan asing dari Vietnam, Thailand dan Indonesia semakin bermaharajalela apabila dikesan menceroboh perairan negara sehingga kawasan pelantar minyak dan kawasan pulau mempunyai terumbu karang yang menjadi habitat ikan. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pencerobohan nelayan asing itu di perairan Pantai Timur berleluasa apabila sumber perikanan di Teluk Siam, Thailand di Laut China Selatan telah kehabisan sumber laut akibat eksploitasi yang berlebihan sebelum ini. Akibat pencerobohan itu juga, katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya