Pendatang di LA, New York digempur polis

Pendatang di LA, New York digempur polis

PENYOKONG hak asasi menyertai protes membantah kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mengusir pendatang di Los Angeles pada 1 Mac lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Anggota keselamatan lengkap bersenjata melakukan serbuan dan menahan golongan pendatang di beberapa kawasan di Los Angeles (LA) dan New York.

Pihak berkuasa melakukan serbuan di kebanyakan premis yang disyaki didiami banyak pendatang.

Tindakan itu menyaksikan orang ramai melakukan protes membantah pendekatan yang diambil pihak berkuasa di bawah arahan pentadbiran Presiden Donald Trump.

Di Los Angeles, seku­rang-kurangnya 44 pendatang ditahan selepas mereka didakwa tidak mempunyai dokumen kemasukan yang lengkap.

Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass menyatakan beliau kesal dengan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa yang menyasarkan golongan pendatang.

“Sebagai seorang datuk bandar di bandar dipenuhi dengan pendatang yang sudah pun banyak menyumbang berasa amat kesal terhadap tindakan dilakukan pihak berkuasa,” katanya.

Jurucakap Siasatan Keselamatan Dalam Negeri, Yasmeen Pitts O’Keefe berkata, pihak berkuasa turut mengeluarkan sejumlah waran tangkap terhadap individu yang disyaki terlibat dengan menyeludup masuk pendatang ke negara ini.

Antara yang ditahan adalah pemimpin Kesatuan Perkhidmatan Pekerja Antarabangsa, David Huerta.

Di New York, pihak berkuasa menahan dua pendatang.

Sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan pada Januari tahun ini, Trump secara agresif mengusir sejumlah pendatang ke negara asal mereka.

Trump tegas menyatakan negara ini hanya untuk rakyat AS dan tiada pendatang dibenarkan sewenang-wenangnya memasuki AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN