AS sedia serang China dari Korea Selatan jika Taiwan diserang

AS sedia serang China dari Korea Selatan jika Taiwan diserang

TENTERA Amerika Syarikat di Korea Selatan bersedia bertindak terhadap China jika negara itu menyerang Taiwan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan bersedia bertindak balas sekiranya China melancarkan serangan terhadap Taiwan, menurut kenyataan terbaharu pegawai tertinggi pertahanan AS.

Bercakap dalam satu persidangan keselamatan di Singapura bulan lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, berkata Beijing bersiap sedia secara serius menggunakan kekuatan ketenteraan bagi mengubah keseimbangan kuasa di Indo-Pasifik.

“Pentagon kini mengubah hala tuju strategik bagi mengekang pencerobohan oleh China komunis,” katanya.

Perancangan itu bermakna pasukan tentera AS yang berpangkalan di Korea Selatan, Jepun serta Kepulauan Pasifik seperti Hawaii dan Guam akan memainkan peranan sebagai penghalang utama terhadap sebarang tindakan ketenteraan oleh China terhadap Taiwan.

Ketika ini, seramai 28,500 anggota tentera AS berada di Korea Selatan sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang untuk mempertahankan Seoul daripada sebarang ancaman dari Korea Utara.

Tiada keputusan rasmi dibuat berhubung jumlah anggota yang akan kekal ditempatkan di Korea Selatan, namun penempatan masa depan dikatakan akan dioptimumkan bukan sahaja bagi menghadapi ancaman dari Pyongyang, tetapi juga untuk mengekang pengaruh dan potensi serangan dari Beijing.

Namun, perkembangan ini dijangka menimbulkan cabaran kepada Korea Selatan yang secara tradisinya menunjukkan penentangan terhadap kehadiran ketenteraan AS di negara itu.

Ia turut memberi tekanan kepada Presiden Korea Selatan yang baru dilantik, Lee Jae-myung yang menyatakan hasrat meneruskan pendekatan diplomatik terhadap Korea Utara dengan sokongan kehadiran tentera AS.

Pendedahan ini muncul susulan tindakan China yang menghantar puluhan kapal perang dan pesawat tempur mengelilingi Taiwan dalam latihan ketenteraan berskala besar dan bersifat provokatif bulan lalu, meningkatkan ketegangan serantau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN