Mulut senget, sukar kunyah, Azal alami Bell's Palsy - Utusan Malaysia

Mulut senget, sukar kunyah, Azal alami Bell’s Palsy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zarina Zainuddin, mengesahkan anaknya, Azal Azrai, menghadapi masalah saraf pada muka atau Bell’s Palsy.

Bercerita lanjut di Instagram, pada awalnya pelakon itu menyedari mata anaknya berkedip-kedip namun enggan mengambil serius kerana menyangka ia reaksi spontan kerana terkena debu.

Namun begitu, ketika melakukan siaran langsung di Instagram, warga maya menegur wajahnya anaknya kelihatan senget dan meminta Zarina melakukan pemeriksaan lanjut.

“Lepas habis siaran langsung, saya urut-urut muka Azal untuk pastikan dia boleh pandang atau tidak. Semua yang disuruh dia boleh ikut.

“Mulutnya senget. Nak makan kena yang lembut-lembut saja. Dia boleh kunyah tapi sebelah mulut saja. Saya terkejut dan terus tutup gerai jualan dan bergegas ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru malam tadi.

“Doktor kata wad penuh dan bagi suntikan steroid kemudian suruh balik. Pagi ini kena datang semula. Hari ini baru doktor sahkan Azal ada Bell’s Palsy,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Zarina memaklumkan Azal mungkin memerlukan masa empat bulan untuk sembuh di samping menjalani latihan fisioterapi.

“Selepas jumpa doktor, kami ke Singapura untuk berniaga. Azal dah makan ubat dan boleh ikut saya tanpa perlu rehat.

“Bagi saya, lagi elok dia bercakap dan bergerak agar dia aktif dan jangan lemah. Kena buat aktiviti macam biasa. Cuma kena berjumpa semula dengan fisioterapi dan bagi makan ubat,” tulisnya.

Reda dengan ketentuan itu, Zarina enggan patah semangat walaupun ketika ini anak ketiganya, Naim, baru sahaja disahkan memiliki satu buah pinggang.

“Doakan Azal cepat sembuh. Semoga doa doa sahabat semua akan termakbul. Saya tetap kena berniaga dan pantau ubat Azal.

“Dia okay. Anak ibu kuat, jadi ibu pun kuat,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN