GEORGE TOWN : DAP menyangkal dakwaan yang dibuat seorang veteran UMNO semalam yang menuduh parti itu gagal mendekati pengundi Cina sehingga menyebabkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Bakap, kelmarin. Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, H’Ng Mooi Lye berkata, tuduhan daripada veteran terbabit iaitu Datuk Mustapha Yaakub itu adalah satu perkara yang tidak boleh diterima buat masa ini. “Semua parti komponen…