Maut tergelincir, kepala terhantuk bucu longkang - Utusan Malaysia

Maut tergelincir, kepala terhantuk bucu longkang

Maut
KEADAAN mayat mangsa yang ditemukan dekat Jalan Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang, di Kuala Langat, Selangor, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang lelaki warga asing ditemukan maut selepas tergelincir dan kepalanya terkena bucu longkang di Jalan Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang di sini, semalam.

Mayat mangsa berusia 32 tahun itu dijumpai terbaring di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah rendah agama tersebut, kira-kira pukul 8.20 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pemeriksaan polis mendapati mangsa cedera di belakang kepala apabila disyaki tergelincir dan terkena bucu longkang.

Katanya, kesan tompokan darah turut ditemukan di dalam longkang berdekatan lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati kecederaan mangsa berpunca objek tumpul yang disyaki akibat terjatuh di atas batu. Pemeriksaan lanjut juga tidak menjumpai sebarang objek mencurigakan di sekitar lokasi tersebut,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Tambah Ahmad Ridhwan, kejadian itu tidak melibatkan unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN